Header AD

Sarawak Cultural Village

Tempat menarik di Sarawak



Kampung budaya ini juga digelar ‘Muzium Kehidupan’ ditubuhkan bagi memelihara dan mempamerkan warisan kebudayaan dan kesenian negeri Sarawak. Muzium ini terletak di Pantai Damai, Santubong hanya 32km dari bandar Kuching merupakan tempat yang terbaik untuk mengenali budaya dan cara hidup tempatan.



Perkampungan seluas 17 ekar ini mempunyai seramai 150 orang penduduk yang mempamerkan aktiviti harian suku kaum negeri Sarawak seperti aktiviti memproses sago dan menghasilkan kraftangan. Mereka memakai pakaian tradisional dan mengadakan persembahan tarian tradisional untuk para pelawat. Penduduk kampung ini menerangkan tentang cara hidup dan kepelbagaian budaya mereka kepada pelawat. Pelawat juga boleh melihat replika bangunan yang mewakilkan setiap suku kaum pribumi utama yang ada di Sarawak; rumah panjang bagi orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, rumah-tinggi Melanau dan rumah ladang orang Cina. Perkampungan ini juga mempunyai sebuah pentas di mana pelawat boleh menyaksikan persembahan tarian tradisional pelbagai kaum, sebuah restoran dan kedai kraftangan. Anda juga boleh melangsungkan perkahwinan anda di Kampung Kebudayaan Sarawak mengikut gaya tradisi kaum Iban, Melayu, Bidayuh atau Orang Ulu.
Sarawak Cultural Village Sarawak Cultural Village Reviewed by Adslah Admin on 1:09:00 PM Rating: 5

Post AD