Header AD

Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok

Tempat menarik di Sabah



Pusat Pemuliharaan Orang Utan ini telah ditubuhkan pada tahun 1964 bagi memberikan pemulihan kepada anak orang utan yang hidup terbiar. Hutan Simpan Sepilok terletak di pantai timur Sabah lebih kurang 24 km dari bandar Sandakan. Hutan simpan Kabili-Sepilok ini meliputi kawasan hutan hujan tropika seluas 4,300 hektar, di mana ia di bawah pentadbiran Jabatan Hidupan Liar Sabah. Pusat ini telah menarik para pelancong dan penyelidik dan memberikan mereka peluang untuk melihat orang utan secara dekat di dalam habitat semula jadinya. Laluan berpapan akan membawa pelancong ke galeri tontonan dan pentas untuk memberikan makanan. Di sana para pelancong akan dapat menyaksikan bagaimana haiwan ini diberikan susu dan pisang sebanyak dua kali sehari pada setiap pukul 10.00 pagi dan 3.00 petang oleh renjer yang bertugas. Semasa pemberian makanan, monyet berekor panjang juga turut datang ke kawasan itu.

Para pelawat ditegah daripada melalui laluan pejalan kaki. Meskipun ada di antara orang utan yang telah biasa dengan pelawat, akan tetapi anda ditegah daripada menyentuh haiwan ini. Haiwan ini secara semula jadinya amat pemalu dan lembut, namun begitu, ada sebahagiannya yang agak nakal lalu merampas kamera atau topi anda. Sekiranya hal tersebut berlaku, anda perlu memaklumkan kepada pihak renjer kerana anda tidak boleh menangkap sendiri haiwan seberat 200 paun ini.

Pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan binatang yang hanya terdapat di hutan rimba iaitu :
lebih kurang 217 spesis burung, 70 spesis mamalia dan sekurang-kurangnya 400 spesis pokok kayu.

Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok di bawah senggaraan Jabatan Hidupan Liar, bertujuan mengembalikan orang utan yang dipelihara sebagai haiwan peliharaan secara haram ke alam semulajadi mereka.  Binatang lain yang dilindungi yang hidup bebas di pusat ini adalah seperti Kelawar, Kera, Beruang, Kucing Hutan dan Buaya.

Pengangkutan

Para pelancong boleh menaiki kapal terbang untuk penerbangan jangka pendek dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu ke Sandakan.

Dengan menaiki teksi atau bas yang tersedia di Bandar Sandakan. Pengangkutan Syarikat Bas Jalan Labuk berlepas dari depan Majlis Perbandaran Sandakan bermula dari jam 6.00 pagi ke atas.   Tambang dikenakan ialah RM2.10 sehala dan berhenti di simpang yang menghala ke pusat itu dan perlu berjalan sejauh setengah km ke dalam. 

Bayaran Masuk RM10.00 seorang (Bayaran dibuat di Pusat Pendaftaran)

Cara ke Sana

Sekiranya anda tidak menggunakan mana-mana perkhidmatan pelancongan, anda boleh menaiki bas atau teksi yang tersedia di bandar. Sandakan. Pengangkutan Syarikat Bas Jalan Labuk berlepas dari depan Majlis Perbandaran Sandakan atau MPS bermula dari pukul 6.00 pagi ke atas. Tambang yang dikenakan ialah RM2.10 secara sehala, dan hanya akan berhenti di simpang yang menghala ke pusat itu. Anda perlu berjalan sejauh setengah km lagi ke dalam. Anda juga boleh menyewa teksi untuk perjalanan ulang-alik sekitar RM100.00 (boleh dirundingkan). Anggaran jarak antara bandar dengan pusat tersebut ialah sejauh 23 km.

TAMBANG  PENGANGKUTAN DARI  BANDAR  SANDAKAN

Teksi
Bas
RM100.00 (ulang-alik) 
RM2.10 sehala

Masa Dibuka

Pagar Keselamatan
Setiap hari
8.00 pagi – 5.00 petang
Kaunter Tiket
Setiap hari
9.00 pagi – 11.00 pagi
2.00 ptg   -    3.30 ptg
Dewan Pameran
Setiap hari (kecuali Jumaat)
9.00 pagi  -  4.30 petang

Pagar Keselamatan :
Setiap hari bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Kaunter Sambutan dan Tiket :
Setiap hari bermula pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi dan 2.00 petang hingga 3.30 petang
Dewan Pameran :
Setiap hari (kecuali Jumaat) bermula 9.00pagi hingga 4.30 petang
Pusat :
Setiap hari bermula 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 2.00 petang hingga 4.00petang

Jumaat - 9.00 pagi hingga 11.00 pagi, 2.00 petang hingga 4.00 petang

Yuran Kemasukan

Pemegang Mykad Dewasa RM 5.00 Di bawah 18 tahun RM 2.00

Lain-lain Dewasa RM30.00 Di bawah 18 tahun RM15.00Penggunaan kamera, kamera perakam, telefon berkamera dsb. akan dikenakan bayaran RM10.00

Keterangan Lanjut :

Alamat
Batu 14, Jalan Labuk
WDT200, 9009 Sandakan Sabah
Tel: +6089531180
Faks: +6089 531189
E-mel : soutan@po.jaring.my
Laman Web: http://www.sabah.gov.my/jhl/ 






Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok Reviewed by Adslah Admin on 3:32:00 PM Rating: 5

Post AD