Header AD

Pelalian Campak (MEASLES) Bagi Mencapai Status Eliminasi Demam Campak

Kementerian Kesihatan Malaysia sedang menjalankan aktiviti pelalian measles (demam campak) kepada kanak-kanak berumur 1 hingga 6 tahun di kawasan yang telah dikenalpasti berisiko tinggi untuk jangkitan measles berlaku, khususnya di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Sarawak. Aktiviti pelalian ini dijalankan di klinik kerajaan, taska, tadika, pusat jagaan kanak-kanak kerajaan dan swasta serta kawasan kediaman seperti projek perumahan rakyat mulai bulan Oktober hingga Disember 2012 bagi mencegah jangkitan measles.

Justeru, ibu bapa diminta memberi kerjasama untuk membenarkan anak mereka diberi pelalian measles tersebut. Pejabat Kesihatan Daerah yang terlibat akan mengumumkan tarikh dan tempat aktiviti pelalian akan diadakan melalui edaran risalah; sekurang-kurangnya seminggu sebelum aktiviti tersebut dijalankan.

Pelalian measles memberi perlindungan terhadap jangkitan measles. Pada tahun 2011 sebanyak 1,569 kes disahkan measles (kadar kes 55 bagi setiap satu juta penduduk) dicatatkan, meningkat pada tahun 2012 kepada 1,224 kes (40 kes bagi setiap satu juta penduduk) sehingga Jun. Sebanyak 70% daripada kes measles yang dikesan didapati tiada pelalian measles.

Kementerian Kesihatan Malaysia menyasarkan pengurangan penyakit measles kepada hanya 28 kes setahun. Ia selari dengan sasaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia agar measles dihapuskan dari Rantau Asia Pasifik menjelang akhir tahun 2012; dengan bilangan kes measles hanya satu (1) bagi setiap 1 juta penduduk.  Pelalian measles dengan liputan melebihi 95% dapat mencegah jangkitan measles dari menular dalam masyarakat. Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia menyeru agar masyarakat memberi kerjasama sepenuhnya dengan memastikan anak-anak mereka mendapatkan pelalian measles, agar jangkitan measles dapat dikurangkan, seterusnya sasaran menghapuskan measles dapat dicapai.

Untuk makluman, measles merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus measles. Ia amat mudah berjangkit  kepada orang lain melalui  titisan cecair (droplets) mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Kebiasaannya pesakit akan sembuh seperti sedia kala. Walau bagaimanapun komplikasi serius seperti otitis media, pneumonia, encephalitis, cirit-birit dan kematian boleh berlaku.

Pelalian Campak (MEASLES) Bagi Mencapai Status Eliminasi Demam Campak Pelalian Campak (MEASLES) Bagi Mencapai Status Eliminasi Demam Campak Reviewed by Adslah Admin on 12:42:00 AM Rating: 5

Post AD