Header AD

Kuala Kangsar Bandar Diraja

Tempat menarik di Perak

Kuala Kangsar Bandar Diraja



Bandar Diraja Kuala Kangsar yang berusia 150 tahun itu adalah antara destinasi wajib dikunjungi jika melancong ke Perak. Bandar yang hanya mengambil masa selama 30 minit pemanduan dari Ipoh punya pelbagai mercu tanda. Kuala Kangsar mendapat namanya daripada pokok Kangsar yang tumbuh di tebing sungai. Ada juga mengatakan nama Kuala Kangsar sempena 99 kuala anak sungai di Sungai Perak iaitu kurang 100, maka ia diberi jolokan nama 'Kuala Kurang Sa'.

Anda yang meminati sejarah mungkin boleh melakukan jejak warisan dengan hanya berjalan kaki menaiki Bukit Chandan. Jangan lupa mengunjungi Masjid Ubudiah, Istana Iskandariah dan Galeri Sultan Azlan Shah.

Jangan lepaskan peluang melihat bangunan bersejarah yang sudah berusia lebih kurang 100 tahun iaitu Kolej Melayu dan Clifford School serta melihat sendiri pokok getah tertua di Jalan Raja Chulan.

Selain tarikan sejarahnya, Kuala Kangsar juga adalah pusat menghasilkan Labu Sayong. Untuk makan, laksan di medan selera Sungai Perak antara destinasi paling popular.








Kuala Kangsar Bandar Diraja Kuala Kangsar Bandar Diraja Reviewed by Adslah Admin on 11:58:00 PM Rating: 5

Post AD