Header AD

Gerakan Dan Bacaan Solat

Berdiri Tegak Menghadap Kiblat

Berdiri tegak mengadap kiblat kemudian hendaklah bersedia untuk niat semasa Takbiratulihram . 

Misalnya solat yang akan di kerjakan  subuh , maka niatnya itu solat subuh (Lafaz niat akan di sebut dalam bab takbiratulihram). Begitulah seterusnya . 



Niat

Lafaz-lafaz niat sembahyang fardhu adalah seperti berikut :

i) Niat solat subuh

أُصَلِّى فَرْضَ الْصُبْحِ رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang  fardhu subuh dua rakaat sebagai(makmum/imam ) kerana Allah Taala.”

ii) Niat Solat Zuhur

أُصَلِّى فَرْضَ الْظُهْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang  fardhu zuhur empat rakaat sebagai (makmum/imam)kerana Allah Taala,
Allahu akbar.”
iii) Niat Solat Asar

أُصَلِّى فَرْضَ الْعَصْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang  fardhu asar empar rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah Taala.”

iv) Niat solat Maghrib

أُصَلِّى فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang  fardhu maghrib tiga rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah taala,
Allah Akbar.”
v) Niat Solat Isya`

أُصَلِّى فَرْضَ الْعِشَاءِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang  fardhu isya` empat rakaat sebagai (makmum/imam)kerana Allah taala ,
Allah Akbar”

Takbiratul Ihram

Selepas kita berdiri tegak sambil mengadap ke arah kiblat, maka mulailah kita sekarang melakukan  takbir, yakni dengan mengangkat kedua tangan separas bahu dengan jari-jari terbuka agak rapat antara satu sama lain kecuali ibu jari berdampingan dengan telinga dihadapkan kearah kiblat sambil mengucapkan ALLAHU AKBAR ( Allah maha besar) yang disertakan dengan niat. Niat ini adalah perbuatan hati . Adapun bagi orang perempuan hendaklah ianya tidak diangkat terlalu tinggi ( sebagaimana dlm gambarajah). 


Takbir permulaan ini di namakan TAKBIRATUL IHRAM sedangkan takbir-takbir yang lain TAKBIR INTIQAL = takbir untuk perpindahan dari satu gerakan  ke satu gerakan solat yang lain dan takbir ini sebagai pemberitahuan . Dalam keadaan yang seperti ini kita harus menundukkan muka ke arah sajadah (tempat sujud). 

Tangan Bersedakap

Selepas kita melakukan takbiratul ihram, kedua belah tangan disedekapkan, iaitu tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri, antara pergelangan tangan kiri. Dalam keadaan yang demikian kita membaca doa iftitah (doa pembukaan).



Bacaan Doa Iftitah


اَلله أَكْبَر كَبِيْرًا وَالحَمْدُلِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ الله بُكْرَةً وَأَصِيْلاً . إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ المُشْرِكِيْن . إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ المُسْلِمِيًن.
“Allah maha beasr lagi sempurna kebesaranya segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak . maha suci Allah sepanjang pagi dan petang , sesungguhnya aku menghadapkan mukaku kepada zat yang menciptakan langit dan bumi dengan keadaan lurus dan berserah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan musyrik , sesungguhnya sembahyangku ibadatku , hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam . Tiada sekutu baginya kerana itu aku rela diperintah dan kau ini adalah golongan orang Islam.”

Membaca Surah Al-Fatihah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ( 1 )

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ( 2 ) الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ ( 3 )

مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ ( 4 )

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ( 5 )

اهدِنَا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ ( 6 )

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ ( 7 )

Membaca Surah

Selepas membaca surah al-fatihah, di teruskan dengan membaca surah-surah Al-Quran yang pendek bagi solat berjemaah dan bagi yang solat sendirian disunatkan membaca surah-surah yang panjang . Adapun surah –surah yang dibaca sesudah al-fatihah itu ialah antara lain :

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ( 1 ) اللَّهُ الصَّمَد ( 2 ) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ( 3 )

RUKUK

Setelah selesai membaca surah-surah yang pendek , kemudian lakukan rukuk iaitu dengan mengangkat tangan setinggi telinga sambil membaca ALLAAHUAKBAR, kemudian diteruskan dengan badannya membongkok, tangannya memegang lutut dan ditekankan supaya antara punggung dan kepala rata. Sedangkan mata tetap memandang kearah sejadah.(tempat sujud)

Dalam keadaan rukuk ini kita hendaklah membaca tasbih sebanyak tiga kali iaitu:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ


I'tidal

Sesudah selesai melakukan rukuk di teruskan dengan I`tidal iaitu bangkit berdiri tegak dengan mengangkat kedua tangan sampai ke telinga dengan jari-jari terbuka seperti ketika TAKBIRATULIHRAM seraya membaca TASMI’ iaitu :

سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَه


Ketika berdiri tegak seperti ini, maka tetap ditujukan ke arah sujud .(tempat sujud) dan membaca :

رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ

Sujud

Selepas kita melakukan I`tidal serta selesai membaca bacaan-bacaanya , kemudian kita melakukan sujud , iaitu dengan mengucapkan takbir intiqal : ALLAAHU AKBAR sambil meletakkan dahi dan hidung ke lantai . Mula-mula kedua lutut dijatuhkan ke lantai disusul kedua tapak tangan terbuka kemudian diikuti dahi dan hidung juga di lantai sementara letak kedua tangan direnggangkan bagi lelaki dan dirapatkan bagi perempuan.


Hendakhlah membaca di dalam sujud ini sebanyak tiga kali tasbih yang berikut :

سُبْحَانَ رَبِّيَ اْلأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Duduk Di Antara 2 Sujud

Setelah sujud , kita mengangkat kepala sambil mengucapkan takbir intiqal ALLAAHU AKBAR, kemudian terus duduk dengan tenang . Duduk ini dinamakan duduk antara dua sujud , sebab masih ada duduk yang lain lagi.

Ketika duduk sebegini , kedua tapak tangan berada di atas lutut sambil memegang hujung bahagian lutut seolah-olah mengengamnya. Duduk antara dua sujud ini dinamakan duduk IFTIRASY , kerana tapak kaki yang kiri diduduki, tapak kaki yang kanan ditegakkan di atas lantai sementara hujung jarikaki mengadap kearah kiblat (duduk bersimpuh).



Ketika duduk seperti ini kita membaca :

رَبِ ّاِغْفِرْلِيِ وَارْحَمْنِيْ وَارْفَعْنِيْ وَاجْبُرْنِيْ
وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَاِفِنيْ وَاعْفُ عَنِّيْ
Ya Allah ! ampunilah dosaku , belas kasihanilah aku , dan angkatlah darjatku dan cukuplah segala kekuranganku dan berilah rezeki kepadaku , dan berilah aku petunjuk dan sejahterakanlah aku danberilah keampunan padaku..”


Sujud Kedua

Setelah kita duduk antara dua sujud , kita sujud yang kedua kalinya seperti sujud yang pertama dengan mengucapkan takbir intiqal “ALLAHUAKBAR” membaca tasbih seperti pada sujud yang pertama.


Sampai pada sujud kedua ini , kita telah mendapat satu rakaat .

Jadi yang disebut satu rakaat ini terdiri dari :
  1. Berdiri dengan tangan bersedekap di dada.
  2. Rukuk.
  3. I'tidal
  4. Sujud
  5. Duduj di antara dua sujud, dan
  6. Sujud Kedua


Duduk Tasyahhud Awal

Dalam solat fardhu yang mempunyai jumlah rakaatnya tiga atau empat , maka dalam rakaat kedua kita duduk untuk membaca tasyahhud / tahiyyat awal. Ketika duduk tasyahhud awal ini telapak kaki kiri diduduki, sedangkan kaki kanan ditegakkan.


Disebut tasyahhud kerana pada bacaan tahiyyat ada dua kalimat syahadat, , manakala disebut tahiyyat kerana dimulai dengan kata-kata ATTAHIYYATU, yang beerti penghormatan . Tasyahhud ada dua jenis , iaitu tasyahhud awal dan tasyahhud akhir.

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد

Tasyahhud Akhir


Tasyahhud akhir dilakukan ketika duduk tasyahhud akhir (penghabisan) . Duduk tasyahhud akhir ini berlaku pada rakaat yang ketiga ( untuk solat maghrib) atau rakaat ke empat pada solat zuhur , asar dan isyak  dan rakaat kedua untuk sembahyang subuh.

Ketika duduk tasyahhud akhir ini punggung didudukkan di atas lantai , kaki kiri dimasukkan ke bawah kaki kanan dan kaki kanan ditegakkan.


Adapun bacaan tasyahhud / tahiyyat akhir ialah seperti berikut :

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد وعلى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد كَمَا صَلَّبْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ فِيْ الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد

Selepas itu disambung dengan membaca doa di bawah ini:

اَلْلَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ القَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ المَحْيَا وَالمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ المَسِيْحِ الدَجَّالِ. يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ ثَبِّتْ قُلُوْبَنَا عَلَى دِيْنِكَ وَعَلَى طَاعَتِكَ

Salam

Setelah selesai membaca tahiyyat akhir, kemudian kita memberi salam , iaitu dengan memalingkan kepala ke kanan sehingga ke pipi kanan nampak seluruhnya dari arah belakang sambil mengucapkan kata salam, iaitu :

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله


Selanjutnya di susuli dengan salam kedua iaitu menoleh ke kiri, sehingga pipi yang kiri juga kelihatan jelas dari arah belakang sampai mengucapkan salam:

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله


Doa Qunut

Sekiranya kita melakukan solat SUBUH maka ianya disunatkan membaca doa qunut selepas bangkit dari ruku` pada rakaat yang kedua. 


اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيْمَنْ هَدَيْتَ ، وَعَاْفِنِي فِيْمَنْ عَافَيْتَ ، وَتَوَلَّنِيْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ ، وَبَارِكْ لِي فِيْمَا أَعْطَيْتَ ، وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ ، فَإِنَّكَ تَقْضِيْ وَلاَ يُقْضَىعَلَيْكَ ، فَإِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ ، وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّناَ وَتعَالَيْتَ , فَلَكَ الْحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ عَلَى مَا قَضَيْتَ , فَنَسْتَغْفِرُكَ وَنَتُوْبُ إِلَيْكَ , وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم

Gerakan Dan Bacaan Solat Gerakan Dan Bacaan Solat Reviewed by Adslah Admin on 3:46:00 AM Rating: 5

Post AD