Header AD

Bekalan Air Percuma 20m3

- Bekalan Air Percuma 20m3 : Air percuma: MB tidak halang rakyat bawa ke mahkamah



SHAH ALAM - Kerajaan Negeri tidak menghalang sekiranya pengguna air di pangsapuri negeri ini mahu memfailkan saman berhubung kegagalan menerima subsidi air percuma yang diberikan kepada semua rakyat. 

Mengulas lanjut isu tuntutan saman yang difailkan 711 pengguna air, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ia merupakan satu kes percubaan yang akan memberikan pandangan mengenai kebajikan rakyat.

Katanya, dengan saman ini membolehkan Kerajaan Negeri mengetahui masih terdapat rakyat yang tidak menikmati air percuma kerana tidak mengikut syarat yang ditetapkan.

seseorang tidak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan, ia boleh dibenarkan untuk menerima peruntukkan? Itu pihak mahkamah boleh berikan jawapan.

“Penukaran meter pukal kepada meter individu tidak memerlukan kos yang tinggi, ia cuma memerlukan persetujuan daripada penghuni dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) setuju untuk membenarkan penukaran dilakukan,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, di SUK.

Sebelum ini, seramai 711 pengguna air memfailkan saman menuntut ganti rugi hampir RM500,000 terhadap tiga pihak, termasuk Abdul Khalid, atas kegagalan menerima subsidi air percuma di bawah Skim Air Percuma yang dilaksanakan Kerajaan Negeri.

Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri sedia maklum pemberian air percuma hanya diberikan
kepada penghuni yang mempunyai meter individu.

“Oleh kerana itu, saya sudah maklumkan penghuni supaya cepat menukarkan meter pukal
kepada meter individu supaya dapat menikmati pemberian ini. 

“Kadang-kadang sesetengah orang tidak faham mengenai perkara ini,” katanya.

“Sekiranya seseorang tidak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan, ia boleh dibenarkan untuk
menerima peruntukkan? Itu pihak mahkamah boleh berikan jawapan.

“Penukaran meter pukal kepada meter individu tidak memerlukan kos yang tinggi, ia cuma memerlukan persetujuan daripada penghuni dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) setuju untuk membenarkan penukaran dilakukan,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, di SUK.

Sebelum ini, seramai 711 pengguna air memfailkan saman menuntut ganti rugi hampir RM500,000 terhadap tiga pihak, termasuk Abdul Khalid, atas kegagalan menerima subsidi
air percuma di bawah Skim Air Percuma yang dilaksanakan Kerajaan Negeri.

Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri sedia maklum pemberian air percuma hanya diberikan
kepada penghuni yang mempunyai meter individu.

“Oleh kerana itu, saya sudah maklumkan penghuni supaya cepat menukarkan meter pukal
kepada meter individu supaya dapat menikmati pemberian ini. 

“Kadang-kadang sesetengah orang tidak faham mengenai perkara ini,” katanya.

Pada 11 Sept lalu, seramai 711 penduduk Selangor memfailkan saman terhadap Kerajaan
Negeri bagi menuntut perkidmatan air percuma yang mereka dakwa tidak diterima selama empat tahun.

Mengulas tindakan mahkamah tersebut, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid berkata ia merupakan satu kes percubaan yang akan memberikan pandangan mengenai kebajikan rakyat.

Kata Abdul Khalid, saman ini membolehkan Kerajaan Negeri mengetahui masih terdapat rakyat yang tidak menikmati air percuma kerana tidak mengikut syarat yang ditetapkan. “Sekiranya seseorang tidak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan, ia boleh dibenarkan untuk menerima peruntukkan? Itu pihak mahkamah boleh berikan jawapan,” kata Abdul Khalid.

Oleh NORHAYATI UMOR (Selangorkini 14 - 21 September 2012)
Bekalan Air Percuma 20m3 Bekalan Air Percuma 20m3 Reviewed by Adslah Admin on 10:40:00 PM Rating: 5

Post AD