Header AD

Suami Tak Kerja Makan Hasil Kerja Isteri

Soalan
Hukum suami makan hasil kerja isteri?


Jawapan
Yang tidak boleh makan harta ialah makan harta yang tidak mendapat kebenaran, tanpa izin, mencuri atau rampas, tetapi kalau tuan bagi izin guna harta tersebut maka tiada masalah. 

Tapi suami tidak kerja, isteri kerja, isteri beri makan maka tiada masalah selagi mendapat kebenaran isteri. Yang tidak boleh jika suami mengambil kesempatan malah kerja menipu kata kerja tetapi dia tidak kerja, semua pakai duit isteri, maka tidak boleh kerana dalam kehidupan suami isteri, suami wajib tanggung isteri A sampai Z, jadi fikirlah kalau mahu menjadi suami. 

Isteri yang bekerja atau tidak bekerja tidak wajib untuk mengeluarkan harta. Semuanya mesti dibayar oleh suami. Cuma isteri sunat bantu suami sekiranya bekerja. 

Kalau boleh mahu menjadi suami, pastikan isteri tidak bekerja barulah dipanggil gentleman.. :).. Sebab isteri ialah permaisuri kita.
Suami Tak Kerja Makan Hasil Kerja Isteri Suami Tak Kerja Makan Hasil Kerja Isteri Reviewed by Adslah Admin on 9:14:00 AM Rating: 5

Post AD