Header AD

Kenapa Solat Wajib Menghadap Kiblat

Soalan

Kenapa kita solat wajib menghadap kiblat, seolah-olah kita menyembah Kaabah sedangkan kita menyembah Allah, Allah tidak bertempat?

Jawapan


Bukan kita menyembah kaabah, kita menyembah Allah, kenapa kita menghadap Kaabah, untuk persatuan, kita bersatu hati, di mana saja kita ada, maka kita menghadap kepada Baitullah(Kaabah) tanda hati kita satu matlamat kita satu, memang betul Allah tidak satu tempat, Allah tak duduk saja dalam Kaabah. 

Da tu sama tak dengan orang kapir? tak sama...

Orang kapir dia sembah tepekong(berhala), kat mana tepekong dia duduk. Apabila dia letak tepekong dia belah kanan, dia sembah, malam itu kita alih letak belah kiri, esok dia datang kerja, dia sembah belah kanan tadi atau dia sembah tepekong tu..mestilah tepekong tu..maknanya dia menyembah berhala. 

Kata Ulamak, Kaabah ni kalau tiada, orang america ambil curi dengan helikopter bawa balik ke new york, kita tidak menghadap ke new york, kita tetap menghadap ke Kaabah di mana bekas Kaabah itu berada, kerana kita bukan menghadap batu, kita menghadap perintah Allah. Ambillah Kaabah bawa pergi mana-mana pun, aku tetap menghadap arah yang satu juga tetapi kapir, orang alih ke kanan berhala, bawa ke belah kiri, dia pergi ke mana berhala itu berada. Besok kita letak belakang reban ayam lak, ayam, ayam, ayam.. sebab kapir ni sembah berhala sembah batu, kita bukan sembah Kaabah, kita hanya turut perintah Allah.

video

Kenapa Solat Wajib Menghadap Kiblat Kenapa Solat Wajib Menghadap Kiblat Reviewed by Adslah Admin on 7:56:00 AM Rating: 5

Post AD