Header AD

Islam Definition


PENGERTIAN ISLAM

Islam dari segi bahasa merupakan nama terbitan dari kata kerja salima yang boleh membawa maksud:
(i) ketulenan dan kesucian
(u) kedamaian, keamanan atau kesejahteraan
(ui) ketaatan dan penyerahan (Afif Abd al-Fattah Tabbarah, 1969:17).

Islam berbeza dari agama-agama lain yang ada di muka bumi ini kerana perkataan Islam tidak mempunyai hubungkait sama ada dengan individu-indidu tertentu, golongan atau tempat tertentu. Dari segi pemilihan nama, Islam merupakan nama istimewa yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada Din-Nya. Al-Quran sebagai kalam Allah menyebut Islam sebagai al-lslam dan ia adalah ad- din (Abdullah Akhili, et. al, 1996:2).

Rasulullah S.A.W telah memberikan takrif yang berbagai tentang Islam menurut suasana majlis dan keadaan orang yang bertanya. Seterusnya para ulama memperjelaskan lagi dengan berbagai definisi yang dapat memberikan gambaran sebenar tentang Islam.

Antara definisi Islam dari sudut istilah yang diberikan oleh para ulama ialah:

(i) Pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan pengakuan bahawa Muhammad adalah Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah sekiranya mampu.

Definisi ini berdasarkan jawapan Rasulullah S.A.W. apabila ditanya oleh jibril mengenai pengertian Islam.

"al-lslam itu ialah kamu bersaksi bahawa tiada Tuhan (yang berhak diabdikan diri sebenar-benarnya) melainkan Allah, dan (kamu bersaksi) sesungguhnya Muhammad itu Rasulullah, kamu mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah sekiranya mampu. " (Sahih Muslim, hadith 1 ; hal. 1)

Sabda Rasulullah ini juga membawa maksud bahawa Islam adalah mentauhidkan Allah, tunduk, patuh, dan ikhlas kepada Allah serta beriman dengan dasac-dasar yang telah ditetapkan oleh-Nya.

(u) Kepatuhan, ketundukan, ketaatan dan penyerahan diri dengan penuh keikhlasan, dengan sukarela bukan secara terpaksa (Abd Karim Zaydan, 1979: 13) kepada Allah S.W.T. dalam seluruh aspek kehidupan. Merangkumi jasmani dan rohani, akal dan perasaan. Meliputi aspek aqidah, syariat dan akhlak.

Allah S.W.T. menyebut di dalam firman-Nya; Maksudnya : Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu mereka mencari selain dari din (agama) Allah, Pada hal kepada-Nyalah tunduk taat sekelian makhluk yang ada di langit dan di bumi; sama ada dengan sukarela atau pun terpaksa, dan kepada-Nyalah mereka dikembalikan. (ali-lmran: 83)

(ui) Islam merupakan jawapan kepada tiga persoalan penting yang dihadapi oleh manusia, iaitu : Dari mana manusia datang, mengapa manusia datang dan ke mana kesudahan manusia? (Abdul Karim Zaydan, 1979:10-11)

Hanya Islam mampu menjawab persoalan-persoalan ini dengan memberi jawapan yang menepati fitrah akal manusia. Antara jawapan kepada persoalan "dari mana manusia datang" ialah firman Allah S.W.T. : Maksudnya: Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada nan kiamat), maka (perhatikanlah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dan setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketui daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan kejadiannya. (al-Haj:5)

(iv) Islam ialah ruh yang hakiki, cahaya petunjuk yang abadi dalam kehidupan, ubat yang paling mujarab bagi penyakit dan jafan lurus yang selamat bagi manusia yang melaluinya (Abdul Karim Zaydan, 1979: 10). Firman Allah S.W.T. : Dan Kami turunkan daripada al-Quran sesuatu yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. (al-lsra:82)

Firman Allah S.W.T. : Maksudnya; Dan sesiapa yang berserah din sepenuhnya kepada Allah (dengan ikhlas) serta dia berusaha mengerjakan kebaikan, sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan tali yang kukuh. (Luqman :22)

(v) Peraturan hidup {way of life) yang bersifat integral yang mengatur hidup dan kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak mulia serta disampaikan oleh nabi Muhammad S.A.W. untuk menjadi panduan seluruh umat manusia.

Islam Definition Islam Definition Reviewed by Adslah Admin on 1:39:00 AM Rating: 5

Post AD