Header AD

Hukum Tentang Orang Mati


Apakah Hukum Cium Dahi Mayat?

Ia adalah sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Nabi pernah mencium beberapa orang sahabat setelah wafat (mati). Antara sahabat yang pernah Nabi cium ialah Usman Ibnu Maz'un yang pernah kena hukum hudud dalam bab minum arak. Nabi ziarah Baginda cium mayat Usman. Jadi Ulama pun sebut cium mayat adalah sunnah, jangan yang bukan mahram. Jadi kalau kawan mati, tok imam, atau bilal, pergi ziarah boleh cium dahi dia adalah sunnah. Yang tak boleh kalau cium bini orang, memang tak boleh la.

Apakah Hukum Tabur Bunga Atas Kubur?

Apa tujuan letak bunga? supaya kubur dia nampak cantik, tak boleh, supaya nampak lawa kubur mak dia, tak boleh, kerana mak dia masa hidup minat bunga, dia pun letak bunga, tak boleh. Supaya bunga tiap-tiap yang hidup, bila dia hidup dia tak kering lagi supaya dia dapat bertasbih kepada Allah, maka itu sunnah

Siapa yang jawab?
Almarhum Syeikh Arti Saqar, dalam kitab ahsan ul kalam juzuk yang ke 29- 30, iaitu mufti Al-Azhar. Letak bunga atas dasar bunga itu adalah benda hidup, selagi bunga itu hidup, dia akan bertasbih kepada Allah, maka mayat tumpang dapat rahmat. 

Pergi kedai, beli sebatang bunga, cucuk atas kubur untuk bunga itu kekal hidup, maka bunga itu akan bertasbih kepada Allah dan mayat akan turut mendapat rahmatnya.
Hukum Tentang Orang Mati Hukum Tentang Orang Mati Reviewed by Adslah Admin on 7:50:00 PM Rating: 5

Post AD