Header AD

Hukum Tengok Video Tidak Elok Agar Tidak Berzina


Soalan :

Saya mempunyai seorang kawan, dia mengelakkan berzina dengan menonton video tak elok, ternyata cara dia berkesan.

Jawapan :

Tidak boleh mengawal nafsu dengan nafsu, yang mengawal nafsu itu adalah agama. Nafsu tidak boleh dikawal, contoh pencuri jaga pencuri, mestilah tak jadi. Mat rempit jaga mat rempit, tak boleh, mat rempit mestilah dijaga oleh polis.

Jadi nafsu dijaga dengan agama, Nabi kata, mahu sangat kat orang perempuan, mesti nikah, "Barangsiapa yang mampu di kalangan kamu menyediakan makan minum, maka hendaklah dia berkahwin". Jadi nikahlah, tidak boleh tengok video tak elok.

Agama menyarankan supaya kita bernikah/berkahwin untuk mengelakkan perkara-perkara yang dilarang oleh Islam. Sekiranya tidak mampu, cubalah berpuasa. Dengan sedikit sebanyak, puasa dapat membantu kita daripada bisikan syaitan.
Hukum Tengok Video Tidak Elok Agar Tidak Berzina Hukum Tengok Video Tidak Elok Agar Tidak Berzina Reviewed by Adslah Admin on 5:40:00 PM Rating: 5

Post AD