Header AD

Hukum mandi wajib tanpa seurat benang di badan

Hukumnya haram, berdosa besar, kena laknat kalau dia mandi tu kat tempat ambil wuduk di masjid.



Hukum tanpa seurat benang di badan ni, kita perlu paham dulu tentang aurat. Kita jelaskan semula aurat-aurat ni, bila kata aurat, anggota yang wajib kita tutup daripada siapa, benda ni kita patut belajar.

Yang pertama tutup aurat tu bukan dari Allah, kerana Allah sentiasa melihat, dan bukan daripada Malaikat, sebab kalau kita kena tutup dari malaikat macam mana kite nak mandi, malaikat ada di kedua-dua bahu kita,  bagaimana nak bersetubuh? tidak wajib tutup daripada Allah, tidak wajib tutup daripada Malaikat, tidak waijib tutup daripada haiwan.

Kena tutup daripada orang sahaja, orang mana, orang yang haram lihat, orang yang tak haram lihat tak pe, siapa yang tak haram lihat aurat kita, isteri kita kerana tiada aurat antara suami isteri. Aurat wajib tutup dari orang yang haram lihat.

Sekarang ni kalau kita masuk bilik air tanpa seurat benang ada isteri kita, tidak mengapalah kerana isteri kita.

Tiada masalah mandi wajib tanpa seurat benang selagi tiada orang yang haram melihat.


video



Hukum mandi wajib tanpa seurat benang di badan Hukum mandi wajib tanpa seurat benang di badan Reviewed by Adslah Admin on 1:37:00 PM Rating: 5

Post AD