Header AD

Hukum Cium Isteri Depan Orang Ramai



Pertama kita mesti tahu mana tempat yang dicium itu, jika cium tangan, boleh tak de masalah tapi kalau sampai cium pipi, cium mulut ia ibarat menjatuhkan maruah. 

Jangan bercium di khayalak ramai sebab kita kena menjaga adab ini, ditakuti ada salah sebar fitnah kerana tidak semua orang tahu kita suami isteri. Cukup sekadar cium tangan sahaja. Nak cium lebih gi balik rumah.

Pernah berlaku suatu kisah di mana Rasul Allah cium pipi isterinya, tapi bukan di khayalak ramai, ada orang ternampak Nabi cium isteri dia.

Sama juga dengan peluk, tidak boleh peluk isteri di khayalak ramai, tau lah isteri kamu. Walaupun isteri kamu, dalam Islam ada adab di rumah, di luar rumah, di khalayak ramai, di belakang ramai.

Sebab kita orang Islam kena bagi contoh baik kepada bukan orang Islam. Kena menghormati maruah sesama kita.
Hukum Cium Isteri Depan Orang Ramai Hukum Cium Isteri Depan Orang Ramai Reviewed by Adslah Admin on 1:31:00 PM Rating: 5

Post AD