Header AD

Cara Mandi Wajib Paling Ringkas


Mula-mula kita kenal dulu makna mandi. Mandi ialah meratakan air diseluruh badan dengan niat. Jadi ingat bila kita mahu mandi wajib, contoh, buka paip atau shower, turun air kena ditubuh badan baru niat. Selepas kena air, niat dalam hati, aku mengerjakan mandi wajib atau aku mengangkat hadas yang besar. 

Bahagian yang perlu jaga ialah bahagian punggung sebab kalau kita berdiri ia akan tertutup, kalau boleh cuba duduk untuk ratakan air di bahagian punggung. 

Ada satu Hadis menyatakan, satu bulu pun tak boleh tak kena air, bab mandi wajib ni kena serius sebab ia berkaitan dengan kebersihan. Tak sah mandi wajib maka tak sah solat, Nabi pernah lihat orang kena seksa dalam kubur sebab mandi wajibnya tidak sah. 
Cara Mandi Wajib Paling Ringkas Cara Mandi Wajib Paling Ringkas Reviewed by Adslah Admin on 11:39:00 PM Rating: 5

Post AD