Header AD

Boleh Ke Orang Bukan Islam Masuk Masjid

Masalah orang bukan Islam ini berlaku perselisihan Ulama, tidak sepakat, pandangan muktamad Jumhur Ulama (dipersetujui sebulat suara), inilah pandangan muktamad dari Mazhab Syafie.

Selain daripada 3 masjid, dibolehkan dengan bersyarat, yang tidak boleh 3 masjid ini, masjid al aqsa, masjid nabawi dan masjidil haram. 3 masjid ini tetap tak boleh masuk. Selain daripada ini, iaitu masjid dari seluruh dunia boleh masuk tetapi dengan syarat :

  1. Diizin oleh penjaga masjid orang Islam
  2. Diiringi oleh orang Islam untuk menjaga keselamatan masjid

Wajib tak tutup aurat? tidak wajib kerana tidak ada hukum wajib tutup aurat dalam masjid, hukum tutup aurat di dalam masjid adalah sunat. 

Jadi masjid al aqsa, masjid nabawi dan masjidil haram, raja bukan Islam apa pun tidak boleh masuk, tetap haram sampai hari kiamat. Masjid lain boleh kena ada orang teman dia. 

Kalau masalah hadas diringankan kerana mahu menggemarkan orang tentang agama Islam, contoh budak-budak kecil tidak payah ambil untuk wuduk untuk belajar Al-Quran, supaya minat belajar Al-Quran sebab kalau kita paksa ambil wuduk takut budak ni malas mahu belajar Al-Quran.

Dah tu masuk masjid tak wajib la tutup aurat?
Tidak wajib tetapi sunat.

Dah tu boleh la tak tutup aurat?
Boleh selagi tiada orang nampak.

Contoh Masjid yang tidak dibenarkan masuk bagi orang bukan Islam :

Masjidil Haram
Masjid Al Aqsa
Masjid Nabawi
Boleh Ke Orang Bukan Islam Masuk Masjid Boleh Ke Orang Bukan Islam Masuk Masjid Reviewed by Adslah Admin on 11:23:00 AM Rating: 5

Post AD