Header AD

5 Tips Untuk Buat Blog Dengan Jayanya



Sekadar mahu buat blog, ia adalah sangat senang tetapi untuk menjayakannya adalah sebaliknya. Ia memerlukan masa dan pemikiran, perancangan yang sangat berhati-hati, dan mestilah kepada blog yang sangat strategik. 

Berikut adalah 5 tips untuk anda memulakan blog yang baik. Pertama ialah bagaimana hendak menyediakannya, kedua ialah bagaimana mahu membuat isi kandungan, ketiga ialah mengajar apa itu blog, keempat ialah tip bagaimana hendak mengembangkan blog anda menjangkaui media sosial dan yang kelima tenntang 'menyertai komuniti'

1) Penyediaan

- Cerita blog anda ialah tentang apa contoh : tentang makanan, sediakan gambar yang berkaitan dengannya, buah-buahan, sayur, etc. Jika ia tentang belanjawan, cerita tentang bisnes, graf dan ikon duit.

- Pilih Color dan tema dengan bijak : jangan letak color yang menyebabkan pembaca anda silau sebab terlalu terang, jangan gunakan color yang terlalu gelap sehingga menyebabkan pembaca sukar mahu melihat.

- Pastikan blog anda tersusun : jika ada kategori dan berkaitan, pastikan semua isi dan kandungan adalah tersusun, pastikan blog kamu mudah digunakan. Jangan menggunakan widget terlalu panjang dan kalau boleh groupkan supaya ia sesuai dan menarik. 

- Gunakan gambar, video ataupun media yang lain : Jika blog anda semua tulisan je, tentu pembaca boring, boleh pening kepala tulisan je manjang. Apabila mahu menceritakan sesuatu, mestilah kita mahu menangkap pembaca dulu, tengok gambar je..eh!! ape tu?? ha...

- Perkara yang perlu ada dalam blog anda
  • Tentang blog anda
  • Kotak pencarian (search box)
  • Senarai penghantaran (list of post)
  • Widget untuk top article anda (Widget for top posts)
  • Widget untuk article terkini (Widget for recent posts)
  • Widget untuk article yang berkaitan (Widget for related posts)
  • Tag dan kategori
  • Blogroll dan link
  • Sosial Media Button (Follow me Twitter, Like us on Facebook etc)
  • Maklumbalas dan Kongsi Button (Feedback and share buttons)
- Pilih Domain yang baik : Saya cadang nama domain (www.example.com) ada kena mengena dengan blog anda tapi kebanyakan blogger suka ikut suka atau nama sendiri sebab ia adalah personal blog. Sekiranya mahu cerita tentang artist, eloklah letak macam (www.fashacutest.com). So pembaca tahu blog anda ialah blog artist.

2) Jangan Hanya Cerita Biasa, Cari Cerita Yang Menarik

Blogger yang biasa hanyalah menggunakan perkataan tetapi Blogger yang berjaya menggunakan perkataan dengan berkesan. Ia memerlukan pengetahuan yang cukup dan sesuai untuk pembacanya mengetahui maklumat yang perlu atau yang dicarinya. Kaji mereka dengan meneliti komen yang mereka berikan dan cuba berkongsi dengannya dan kalau boleh cuba bertanya apa yang diminati oleh pembaca.

- Cari tajuk yang menarik : Tarik pembaca dengan tajuk yang menarik dan pastikan tajuk ada kena mengena dengan isi

- Tarik pembaca dengan perenggan pertama : apabila pembaca minat membaca perenggan pertama, pasti pembaca akan terus membacanya sehingga habis

- Beri apa yang mereka perlu : Beri mereka isi dan kandungan yang mereka perlukan dan elakkan menggunakan ayat yang terlalu umum dan fakta, ia boleh menyebabkan pembaca merasa bosan.

- Buat cerita yang senang paham dan senang dibaca

- Gunakan pelbagai media : Jangan astik guna perkataan je, tentu bosan. Guna gambar atau video untuk menambah minat pembaca.

- Teliti dulu sebelum post : Cuba cek dulu perkataan, mana tau ada salah, jangan guna shortform yang anda sorang je paham. Jangan post yang merepek yang boleh menyebabkan pembaca anda tersentuh.

3) Cara Sebenar Blogging

Tip sebelum ini adalah cara bagaimana hendak menarik pembaca dan sekarang kita akan belajar bagaimana hendak mengekalkan pembaca.

- Buat pembaca tahu kamu ambil berat tentangnya : Apa yang anda tulis bukan untuk diri anda sahaja atau untuk agenda sahaja, tetapi untuk pembaca. Cuba tulis perkara yang minat untuk dibaca dan disimpan dalam kepala

- Beri pembaca maklumat yang berguna : sesuatu yang berguna, sesuatu yang cukup berharga

- Cuba kekalkan Isi kandungan yang sama : ini tak, mula-mula cerita bunga, tiba-tiba cerita ikan.

- Sentiasa ada : pastikan blog anda aktif, hari-hari online.

- Jaga hati pembaca : kalau diorang komen, cuba balas komen diorang, tanya diorang ada tak yang tak kena.

- Sentiasa ambil tahu apa yang pembaca suka baca

- Berikan sesuatu yang mereka tidak akan lupakan : terdapat blogger yang berjaya yang mana ia menganjurkan aktiviti yang menarik seperti mengadakan pertandingan.

4) Memperluaskan Jangkauan

Gunakan sosial media. Facebook berjaya mendapatkan 800 juta pengguna seluruh dunia dan ianya masih berjalan dengan lancar. Dengan populasi yang besar ini, anda boleh menggunakannya untuk menambah pembaca anda.

- Rancang : tetapkan matlamat yang akan dicapai secara menyeluruh dengan objektif blog anda.
- Pencarian : Cari sosial media yang mana pengguna selalu guna.
- Cuba kekalkan hubungan yang sedia ada : Family, kawan, tak kira siapa yang anda kenali
- Memperoleh pengikut : pengikut yang boleh kongsi article anda.
- Cuba letak "Facebook Like" dan Twitter Button" : Sosial media yang sangat terkenal seluruh dunia.
- Selalu cerita benda yang baik yang mana pembaca akan baca dan kongsi.
- Cuba berkawan dengan semua blogger.
- Kamu juga perlu ikut orang lain. (Follow back)
- Beri respon kepada twitter dan facebook anda.
- Balas komen pembaca dan jawab soalan mereka
- Sertai acara-acara yang mana disediakan untuk blogger.

5) Menyertai Komuniti

Hulurkan bantuan untuk blog yang lain.

Blog yang berjaya tidak hanya menumpu perhatian kepada pembacanya tetapi mengikuti komuniti blog yang lain. terutamanya dalam niche anda, ia juga akan menbantu anda menjadi blogger yang berjaya. Berikut adalah bagaimana hendak membuat blog anda lebih "Sosial".

- Komen pada catatan dalam blog orang lain atau berkongsi pautan pada info atau artikel yang berkaitan.

- Link ke blog lain.

- Mengambil bahagian dalam acara-acara blog seperti memes.

- Tulis article pembaca untuk blogger yang lain.

- Tulis untuk pembaca blogger tuannya.

- Pastikan manfaat bersama-sama seperti link ke blog anda, rujukan, dan lain-lain.

- Perkenalkan diri anda kepada pembaca. Beritahu mereka siapa anda, apa yang anda lakukan, dan mengapa anda adalah "sumber yang boleh dipercayai" mengenai topik yang anda sedang menulis.

- Bersikap sopan. Berhati-hati untuk tidak menyinggung perasaan pembaca blogger.

- Segera hubungi tuan blogger apa-apa yang perlu jika salah.

Article ini hanyalah untuk dikongsi bersama-sama dan bersama-sama kita memperjuangkan blog kita, haha. So minta maaf kepada yang rasa tips ini kurang memuaskan atau article ini terlalu panjang. Have a nice day all blogger. :)
5 Tips Untuk Buat Blog Dengan Jayanya 5 Tips Untuk Buat Blog Dengan Jayanya Reviewed by Adslah Admin on 9:32:00 PM Rating: 5

Post AD