Header AD

3 Realiti Hidup

Di saat detik kelahiran kita, itulah anugerah besar Allah kepada setiap insan. Kita tidak minta untuk dilahirkan samalah dengan Nabi Adam a.s tetapi itu kehendak Ilahi.

 Hari kita jejak di Alam Dunia, hari itu jugalah kehidupan kita memegang 3 Realiti Besar.



1. Engkau Unik
Tiada manusia yang sama sepertimu, sekalipun kembar seiras atau jika bermulanya zaman klon, walaupun itu
klonmu,tidak sama, sebab psikologimu, rohani dan tenaga yang diberi pada jasadmu itu unik. Apabila nyawa dihembuskan pada setiap manusia, ia menjelma dengan cara yang istimewa. Engkaulah satu. The one of a kind.

2. Engkau Abadi
Struktur biologimu, zat dari bumi, akan reput dan dikitar semula dalam kitaran biologi bumi, tetapi tenaga, roh, dan jiwamu akan abadi. Kalau engkau bersyukur dengan keunikan dan keabadianmu, maka akan muncul rasa tangungjawab untuk menjaga nilai dirimu.

Allah telah mengingatkan kita dalam Quran :

“Dan kamu benar-benar datang sendiri-sendiri kepada Kami sebagaimana Kami ciptakan kamu pada mulanya, dan apa yang telah Kami karuniakan kepadamu, kamu tinggalkan dibelakangmu (di dunia). Kami tidak melihat pemberi syafaat (pertolongan) bersertamu yang kamu anggap bahwa mereka itu sekutu-sekutu (bagi Allah). Sungguh, telah terputuslah (semua pertalian) antara kamu dan telah lenyap dari kamu apa yang dahulu kamu sangka (sebagai sekutu Allah). [Al-A’am 6:94]


“Dan setiap orang dari mereka akan datang kepada Allah sendiri-sendiri pada Hari Kiamat. [Maryam 19:95 ]


3. Realiti/Masa

“ While you will inevitably gain and lose, everything you lose may be regained, except one thing. Time ”
(Manakala kamu tidak dapat mengelak sesuatu kehilangan, tetapi kehilangan itu dapat dikembalikan kecuali satu, Masa)
Realiti ini bermula dari peristiwa gembira kelahiranmu, meluaskan lagi keturunanmu. Berbeza dari perhubungan dalam hidupmu, seperti sahabat, jiran dan pasanganmu. Pakej pertama saat kelahiranmu bukan satu pilihan, engkau tidak memilih ibu bapamu, adik-beradik, kaum kerabat, nenek moyang, bangsa, jantina, tempat kelahiran malah negara asalmu. Inilah anugerah Allah, terima dan bersyukurlah. Manakala perhubungan seperti pasangan, sahabat dan perkerjaan perlukan kearifan untuk mengurusnya.



credits to Dr. Maher Hatout (article) and Basistka (photo)
3 Realiti Hidup 3 Realiti Hidup Reviewed by Adslah Admin on 9:09:00 PM Rating: 5

Post AD